Saturday, 6 July 2019

Malaysia Airlines Berhad ❀


        Malaysia Airlines Berhad atau lebih dikenali sebagai syarikat Penerbangan Malaysia Berhad ialah syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia yang mempunyai 55 destinasi di Asia, Oceania dan Eropah. Malah, syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa.
       
       Syarikat ini terus menerus dalam usaha memperbaiki pengurusan syarikatnya agar para penumpang berasa selesa dengan segala perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat mereka. Antaranya ialah, syarikat penerbangan Malaysia menonjolkan persembhan dan memperbaharui produktiviti yang terbaik kepada para pelanggan mereka agar mereka menikmati keindahan sepanjang perjalanan penerbangan mereka. 
        
         Malah, syarikat ini juga telah mengukuhkan lagi Lapangan Terbang Kuala Lumpur dengan menyediakan pelbagai tempat yang menarik di dalamnya. Contohnya, menyediakan hotel bagi pelanggan yang ingin menetap terus di lapangan terbang atau yang mempunyai masalah pengangkutan, dan juga sekiranya terdapat penerbangan yang tertangguh akibat cuaca buruk dan sebagainya. Bukan itu juga, Lapangan Terbang Kuala Lumpur yang Kedua juga telah ditubuhkan bagi menampung pelanggan yang selebihnya serta melancarkan lagi pengurusan syarikat pnerbangan trsebut. 
   
         Syarikat Penerbangan Malaysia juga mempunyai visi mereka yang tersendiri iaitu, "Menjadi Sebuah Syarikat Penerbangan yang 
 Cemerlang". Visi ini menjadi kekuatan kepada para pekerja mereka untuk terus melicinkan lagi pentadbiran syarikat mereka. 
    
         Ketua syarikat Malaysia Airlines, Chritoph Mueller berkata, beliau dengan berbesar hati untuk menerima segala kesinambungan syarikatnya untuk memajukan dan memperbaiki segala kelemahan syarikat mereka. 
        
         Oleh itu, dengan sikap ketua syarikat Malaysia Airlines yang berfikiran terbuka menyebabkan syarikat ini terus menerus menjadi pilihan penerbangan orang ramai. Malah, ketekunan dan ketelusan para anak kapal dalam melayani para penumpang menyebabkan penumpang berasa selesa dan tertarik hati untuk memilih pnerbangan syarikat ini seterusnya. 

No comments:

Post a Comment

My Daily Routine

6.00 am : Bangun pagi 6.30 am : Sediakan pakaian 7.00 am : Basuh baju, sidai pakaian 8.00 am : Bersiap untuk prgi ke kuliah 9.00 - 5.00 ...